Pemerangkapan, Penggunaan dan
Penyimpanan Karbon

Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon

Proses CCUS

Pemerangkapan 

Merangkap CO₂ daripada stesen janakuasa bahan api fosil atau biojisim, kemudahan perindustrian atau secara terus daripada udara

Pengangkutan

Mengangkut CO₂ menggunakan kapal atau saluran paip dari titik tangkapan ke titik penggunaan atau penyimpanan

Penyimpanan 

Menyimpan CO₂ secara kekal di bentukan geologi bawah tanah, di darat atau di luar pesisir

Penggunaan

Menggunakan CO₂ yang ditangkap sebagai input atau stok suapan untuk menghasilkan semula produk

Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon

Kelebihan CCUS

⁠Mengurangkan pelepasan karbon 

CCUS dapat mengurangkan kesan rumah hijau, meningkatkan kualiti udara dan melestarikan alam sekitar

Peluang pekerjaan

CCUS dapat mewujudkan peluang pekerjaan terutama dalam industri yang berkaitan dengan teknologi hijau

Inovasi teknologi hijau

CCUS mendorong perkembangan teknologi hijau di Malaysia dan bantu mengekalkan keseimbangan ekosistem

Kenderaan Elektrik (EV)

Bagaimanakah Kenderaan Elektrik Berfungsi?

Palam Elektrik

Kenderaan disambungkan ke stesen pengecasan. Tenaga elektrik dari grid diisi dan disimpan ke dalam bateri kereta tersebut

Bateri Boleh Cas Semula

Bateri menggerakkan motor elektrik, menukar tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk menggerakkan roda

Pengawal Elektronik

Pengawal elektronik mengawal aliran elektrik dari bateri ke motor, menyesuaikan kelajuan dan daya sentuhan yang diperlukan

Motor Elektrik

Motor elektrik berfungsi menggerakkan kereta, sementara pemandu mengawal fungsian kereta seperti memecut, memperlahankan pecutan dan memandu dengan bantuan pengawal elektronik

Kelebihan Kenderaan Elektrik (EV)

Pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim

Kos penyelenggaraan yang rendah kerana EV mempunyai lebih sedikit komponen bergerak

EV membantu mengurangkan pencemaran bunyi terutama di kawasan bandar

Penyimpanan Bateri

Bagaimanakah Penyimpanan Bateri Berfungsi?

Panel Solar

Menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Kemudian, tenaga elektrik ini akan dihantar ke pengawal elektrik

Pengawal Elektrik

Mengawal aliran tenaga dari panel solar ke storan bateri. Seterusnya, tenaga yang dikawal akan disimpan dalam bateri

Setoran Bateri

Menyimpan tenaga elektrik untuk kegunaan masa depan. Apabila diperlukan, tenaga ini akan dihantar ke penyongsang

Penyongsang

Menukar tenaga dari bateri (DC) daripada arus ulang-alik (AC) untuk kegunaan peralatan elektrik dan seterusnya tenaga AC akan disalurkan ke meter elektrik

Meter Elektrik

Merekod penggunaan dan penjanaan elektrik. Akhirnya, tenaga akan digunakan oleh alat elektronik rumah

Alat Elektronik Rumah

Menggunakan tenaga yang disimpan dalam bateri untuk beroperasi

Kelebihan Penyimpanan Bateri

Menyokong kawasan luar bandar dengan bekalan tenaga yang konsisten

Kestabilan grid dengan menyimpan tenaga tambahan semasa pengeluaran tinggi dan melepaskannya ketika permintaan melebihi pengeluaran

Mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan sistem tenaga