Search Bar
Energy Terms
Istilah Definisi
Ammonia Sebatian kimia yang terdiri daripada satu atom nitrogen dan tiga atom hidrogen (NH₃).
Arang Batu Arang batu digunakan terutamanya dalam penjanaan elektrik di Malaysia kerana kos yang relatif rendah dan bekalan yang stabil.
Bahan Api Bahan yang digunakan untuk menghasilkan tenaga haba secara pembakaran.
Bateri Cas Semula Bateri yang boleh dicas semula tenaga elektriknya.
Biojisim Bahan biologi yang digunakan sebagai bahan api atau sumber tenaga.
Dinamo Alat yang menukarkan tenaga mekanik (tenaga keupayaan dan tenaga kinetik) kepada tenaga elektrik.
Gas Asli Gas asli digunakan dalam penjanaan elektrik, pemanasan dan sebagai bahan bakar untuk aktiviti perindustrian.
Haba Bentuk tenaga yang boleh dipindahkan di antara dua jasad. Haba disukat dalam unit joule (J) atau kalori.
Hidroelektrik Tenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan aliran air yang biasanya daripada empangan untuk menggerakkan turbin yang memberikan tenaga kepada penjana. 
Hidrogen Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan dalam jadual berkala. Ia ditemui dalam bentuk satu atom Hidrogen (H) atau bergabung dengan oksigen (O₂) untuk membentuk air (H₂O).
Joule Unit kerja atau tenaga dengan simbol J (joule). 1 joule bersamaan dengan 1 watt per saat dan 0.2388 kalori.
Kalori Nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan. 1 kalori tenaga haba bersamaan dengan 4.1840 joule.
Keabadian Tenaga Jumlah tenaga dalam sesuatu sistem adalah malar. Tenaga hanya boleh berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain.
Kecekapan Peratus nisbah tenaga atau kuasa output kepada tenaga atau kuasa input.
Kecekapan Tenaga Penggunaan elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama tanpa mengganggu keselesaan pengguna.
Kilowatt-jam Unit tenaga dalam bidang elektrik. 1 kilowatt-jam ialah tenaga atau kerja yang dilakukan apabila kuasa 1 kilowatt dikendalikan dalam masa 1 jam.
Konduktor Bahan yang membolehkan tenaga haba atau arus elektrik melaluinya. Contohnya, dawai kuprum.
Kuasa Kadar perubahan tenaga kerja, diukur dengan unit watt (W).
Minyak Petroleum Minyak petroleum digunakan dalam sektor pengangkutan, pembuatan, dan penjanaan elektrik.
Penjana Tenaga Elektrik Dalam penghasilan elektrik, penjana elektrik merupakan satu peranti yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik.
Perubahan Iklim Perubahan iklim merujuk kepada perubahan jangka panjang dalam iklim yang berlaku selama beberapa dekad, berabad-abad atau lebih lama.
Solar Fotovoltaik Teknologi yang mengubah cahaya matahari kepada tenaga elektrik dengan sel fotovoltaik.
Solar Terma Teknologi yang menggunakan sinaran matahari untuk menghasilkan haba.
Tenaga Keupayaan melakukan kerja, tidak boleh dicipta atau dimusnahkan dan boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
Tenaga Biojisim Merujuk kepada bahan organik yang digunakan sebagai sumber tenaga termasuk sisa-sisa tumbuhan, kayu, pertanian dan organik lain.
Tenaga Boleh Baharu Tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya suria, angin, hujan, ombak, geoterma, yang boleh diperbaharui secara semula jadi.
Tenaga Bunyi Dihasilkan oleh objek yang sedang bergetar.
Tenaga Cahaya Objek yang memancarkan cahaya.
Tenaga Elektrik Mengalir dalam litar elektrik lengkap.
Tenaga Haba Tersimpan pada objek yang mempunyai kepanasan.
Tenaga Hidro Tenaga hidro adalah tenaga yang dihasilkan dengan menggunakan air yang mengalir seperti sungai atau air terjun, untuk menggerakkan turbin yang menghasilkan elektrik.
Tenaga Keupayaan Objek diregang, dimampatkan atau berada di tempat tinggi.
Tenaga Kinetik Tenaga yang terdapat di dalam objek yang sedang bergerak. Contohnya, tenaga pada kereta mainan yang sedang bergerak.
Tenaga Kimia Dihasilkan dari makanan, bahan api, fosil, biojisim, bateri.
Tenaga Nuklear Terkandung dalam bahan nuklear.
Tenaga Solar Tenaga solar adalah tenaga yang diperoleh daripada sinaran matahari.
Tenaga Suria Diperoleh daripada cahaya matahari.
Tenaga Tidak Boleh Baharu Sumber yang akan habis dan tidak dapat dikitar semula. Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan minyak petroleum akan kehabisan suatu masa nanti.